Sunday, February 23, 2014

Apa itu Scoliosis?

hollaa! entry kali nie aku nk crite pasal satu penyakit yang aku hadapi sendiri iaitu Scoliosis..pernah ke korang dengar penyakit ni sblum nie? kalau pernah dgr takpe la..tp kpda sape2 yg tak pernah dgr meh sini aku nk cerita sikit..aku nk bg info skit tntang penyakit nie sbb scoliosis menrupakan penyakit yang kita tak jangka dan tak tahu akan tanda2nya kalo kita ambil mudah..
aku terangkan scra ringkas je la eh..scoliosis bermaksud keadaan dimana tulang belakang seseorang membengkok dan melengkung pada paksinya, ianya akan membentuk seperti seperti huruf S atau C. Ia lebih kerap menyerang golongan wanita iaitu sebanyak 2% brbanding lelaki yg hnya 0.5%. Scoliosis trbahagi kepada beberapa jenis utama iaitu Idiophatic, Congenital, Neuromuscular dan Adult@Degenerative Scoliosis.
1) IDIOPHATIC SCOLIOSIS
-trbahagi kpd 4 jenis iaitu
i)infantile idiophatic [berlaku kpd bayi atau kanak-kanak antara umur 0-3 tahun]
ii)juvenile idiophatic [berlaku kpd kanak-kanak antara umur 3-9 tahun]
iii)adolescent idiophatic [berlaku kpd golongan remaja antara 10-18 tahun]
iv)adult idiophatic [berlaku kpd pesakit yang telah mncapai usia pertumbuhan lengkap]
-jenis paling umum 
-tidak diketahui penyebabnya
-lebih 80% mengalami scoliosis jenis ini dimana 80% berlaku pada pringkat Adolescent Idiophatic

2) CONGENITAL SCOLIOSIS
-berpunca drpd pertumbuhan tidak normal.
-berlaku sejak didalam rahim ketika peringkat awal kehamilan mnjangkau 3-6 minggu pertama.

3) NEUROMUSCULAR SCOLIOSIS
-kecacatan saraf tunjang dan otot Cerebral palsy, Muscular dystrophy
-berlaku pada kanak-kanak krna mereka mmpunyai otot yg lemah yg akan menyebabkan tulang belakang  mngalami tekanan yg tidak sama, dan brkemungkinan akan membengkok membentuk huuf C.

4)ADULT@DEGENERATIVE SCOLIOSIS
-scoliosis yg tidak dikesan atau dirawat diawal usia
-mrujuk kpd kes scoliosis yg dirawat melalui implant tetapi berulang kembali.

tanda2 untuk mngetahui sama ada kita mmpunyai scoliosis ni sbnarnye x byak sgt antaranya :
-sakit belakang atau lenguh2 di bahagian bahu atau tulang blakang berulang kali.
-tidak boleh berdiri terlalu lama atau melakukan kerja2 berat.
-salah satu bahu akan lebih rendah ke bawah.(senget)
-keadaan pinggang disebelah lebih berbentuk atau berlekuk dari yg sbelah lg.sperti di dlm gmbar dibwah.
ini sahaja lah info yg aku dpt share..sapa2 yg agak2 rasa mcm ada scoliosis cpat2 la dptkan rawatan kt hospital..next entry aku akan crita pengalaman aku sbgai penghidap scoliosis, bgaimana aku tahu aku mngalami scoliosis & mcm2 lg..
Assalamualaikum..bubbye!